Friday, 22 July 2011

HIKMAH SOLAT



KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. 

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Antara hikmah dalam menunaikan solat ialah:-

1. Menghubungkan kita dengan Allah swt. Mempertingkatan kesedaran tentang adanya Allah swt. Hubungan ini akan mengelakkan kita dari melakukan sesuatu yang di tegahNya.

2. Membina rasa tenang dalam jiwa. Melahirkan rasa sabar yang sebenarnya. Mengurangkan rasa ego dan sombong. Hubungan ini juga melahirkan dan meningkatkan rasa keyakinan dalam menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan ujian ini.

3. Solat yang sempurna melahirkan syaksyiah atau peribadi muslim sejati. Mewujudkan potensi dalam jiwa. Mendidik rasa patuh dan taat pada kehendak-kehendak Allah swt. Berhati-hati dalam membuat keputusan kerana sentiasa merujuk pada Allah swt.

4. Solat menjauhkan kita dari melakukan dosa dan kemaksiatan. Perilaku dalam solat menanamkan dan mencetuskan perasaan kebesaran pada Allah swt. Solat juga menjauhkan kita dari sifat lalai dan leka dengan perintah-perintah Allah swt.

TUNTUTAN SOLAT DALAM ISLAM

Kategori  : IBADAH Solat 

Tajuk      :Kewajipan Sembahyang (solat)

Hadith : 

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Bukhari )

Huraian

1. 27 Rejab mencatatkan lakaran sejarah penting yang berlaku ke atas Rasulullah S.A.W kerana pada tarikh tersebutlah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas baginda. Ia berlaku pada tahun yang dinamakan “Tahun Dukacita” di mana baginda telah kehilangan dua orang insan yang telah banyak memberi pertolongan dan bantuan sepanjang menjalankan dakwah suci iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib.

2. Di dalam peristiwa ini banyak perkara telah berlaku dan yang paling utama adalah mengenai sembahyang yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Baginda S.A.W telah menerima kewajipan sembahyang lima waktu ketika Mikraj sebagaimana yang digarapkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya.

3. Jika kita perhatikan mengenai kewajipan ini maka fahamlah kita tentang betapa besarnya ganjaran dan peranan sembahyang di mana sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna mampu mencegah umat Islam daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

4. Peringatan Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.

Nasyid (Berwuduk)

Cara Berwuduk

Nasyid


Jom Solat

Cara Solat

Cara solat Orang Sakit

Thursday, 21 July 2011

Doa Selepas Solat


Sejarah Qurban (Pelajaran Feqah Th 6)

Ibadat Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang ingin menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s, kerana melaksanakan perintah Allah s.w.t. Walaubagaimanapun peristiwa tersebut hanya sekadar ujian Allah swt kepada mereka berdua. Mereka telah Berjaya dalam ujian tersebut, dimana nabi Ibrahim a.s sanggup menyembelih anaknya sendiri, manakala nabi Ismail a.s pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih.

Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Lalu Allah swt telah menggantikan anaknya Ismail dengan seekor kibas ( kambing).

Pengertian Qurban

Bahasa;
i. dinamakan sebagai ‘udhiyyah’ yang berasal dari perkataan ‘dhuha’ iaitu waktu dhuha’, kerana qurban disyariatkan oleh allah swt supaya dilaksanakan setelah selesai solat idul adha, sekitar jam 9.00 pagi – 11.00 pagi.
ii. Diambil dari perkataan al-udhiyyah & al-dhahiyyah yang bermaksud binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari raya qurban & hari-hari tasyrik (11,12,13 zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada allah swt.

Syarak;
Meyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada allah swt.

DALIL DISYARIATKAN QURBAN

Disyariatkan pada tahun ke-dua hijriyyah
i. Dalil al-quran;

“ Sesungguhnya kami Telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka Dirikanlah shalat Karena Tuhanmu; dan berkorbanlah[1605].

[1605] yang dimaksud berkorban di sini ialah menyembelih hewan qurban dan mensyukuri nikmat Allah.

ii. DALIL HADIS;

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda;
‘ Tidak ada satu amalan anak Adam dihari-hari nahar (idul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelihan) kerana ia ( binatang qurban) itu akan datang di hari Qiamat nanti dengan tunduk dan kukunya dan bulu-bulunya ( sebagai saksi ke atas ibadah qurbannya) dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik untuk dikorbankan.”
Hadis Riwayat Ibnu Majah & Al- Tarmizi.

iii. Dalil Ijmak Ulama’
Para ulama’ Islam telah bersepakat mengenai pensyariatkan Qurban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan qurban merupakan amalan yang paling Allah sukai di hari- hari IIdul Adha , dimana ia akan didatangkan di hari kiamat seperti mana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi.
Qurbqn juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah swt;

Maksudnya “ Dan kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan ( kibas) yang besar”.
Surah Al-Soffat, ayat 107.

BINATANG TERNAKAN YANG BOLEH DIBUAT QURBAN

Biri-Biri

Kambing

Lembu

Kerbau

Unta
















FADHILAT & KELEBIHAN QURBAN

I. KEAMPUNAN
Titisan darah qurban yang pertama merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang lalu, iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
Sabda rasullullah s.aw yang bermaksud;
“ Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darah yang pertama itu merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Al-Hakim)

II. KEBAJIKAN SEBANYAK BULU BINATANG QURBAN
Zaid Bin Arqam R.A meriwayatkan ;
Maksudnya; “Para sahabat Rasullullah s.a.w bertanya; wahai Rasulullah apakah yang ada pada qurban itu? Rasullullah s.a.w menjawab; “ ia adalah sunnah bapa kamu nabi Ibrahim a.s”. Mereka berkata; “apa yang akan kami perolehi daripadany wahai Rasulullah? Lalu Rasulullah s.a.w menjawab; ‘bagi setiaphelai rambut satu kebajikan.” Mereka berkat; “Bagaimana pula dengan bulu ahai rasulullah? “Rasulullah s.a.w menjawab; Bagisetiap helai satu kebajikan”.
( hadis riwayat Ibnu Majah)

HIKMAH QURBAN

1.MELATIH DIRI SANGGUP BERKORBAN PADA PERKARA KEBAIKAN.
2.DAPAT MENGGEMBIRAKAN FAKIR MISKIN DENGAN MENIKMATI JUADAH DAGING KORBAN.
3.MEMBUANG SIFAT KEDEKUT, BAKHIL DAN TAMAK.
4.MERAPATKAN SILATURRAHIM DIKALANGAN UMAT ISLAM.
5.TANDA KESYUKURAN DI ATAS NIKMAT ALLAH S.W.T.
6.MENGINGATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S DAN ANAKNYA NABI ISMAIL A.S. IA BOLEH MEMUPUK SEMANGAT PENGORBANAN TERHADAP DIRI DAN MASYARAKAT.